Selasa, 12 Disember 2023

kematian

 Kematian adalah suatu kehilangan yang sangat perit..

25/10/2023 kami diuji dengan pemergian adik yang ke 5. Perginya diusia 31 tahun.

Allahu Akbar... kami redho diatas pemergianmu... tenaglah engkau di sana.

Kami di sini belum tentu tahu bagaimana pengakhiran hidup kami. Moga mati kami juga dalam keadaan Husnul Khotimah. Untungnya kamu meninggal disaat mak dan suami maafkan kamu..Tak sempat sampai hospital. Terlalu cepat. Macam mimpi.

 Ni gambar masa hakak buat kenduri akikah. Bila kenduri2  dia antara yg sibuk kemas2 rumah. Bila dia tak ada.. agak bersepah sikit sbb hakak dengan adik yang sorang lagi selalunya  akan busy di dapur.

5 sebelum dia pergi.. hakak sempat jenguk dia sbb sebelum tu dia terjatuh dekat tempat kerja dan kaki kena simen. Masa tu sempat lagi kami bergurau. Dia kata raya nanti dah habis tema dah nak buat baju raya. Buat putih pun elok juga. Hakak cakap, putih tu selalunya org yang nak mati ja yang nak pakai. Dia hanya tersenyum. Allahu... tak sangka memang benar2 dia nak pergi...

pkl 2 pagi hakak dikejutkan dengan panggilan telefon menyatakan yang adik dah tak ada. Rasa nak luruh jantung. Kaki tak rasa berpijak di bumi yang nyata. Biar betul? terus hakak siap2 ke hospital. Di hospital nampak mak dan suami adik. Kami bawa mak balik rumah sementara suami dia selesaikan urusan di hospital. Senang sungguh dia pergi. 

Jenazah bawa balik untuk dimandikan dan dikafankan di rumah. Masa ni hakak tiada kata2..dengan tengok ramai yang menunggu nak jumpa kamu untuk kali terakhir...setiap kali baca yassin.. hakak menangis. 
 
Kami Iringimu dengan doa2 moga engkau tenang disana.  Sungguh tabah anak yang engkau tinggalkan itu setitik air mata pun tidak tumpah. Dia tahu mamanya sudah tiada...

Cantik rumah baru kamu.. secantik senyuman kamu.. Alfatihah...





Selasa, 7 Jun 2022

trip to negeri sembilan

 3/6/2022

Seperti yang dirancang, kami sekeluarga bertolak dari Alor Setar menuju ke Kuala Jempol , Negeri sembilan untuk menghadiri majlis kenduri kahwen adik kepada adik ipar hakak. Bertolak ke sana  dengan 3 biji kereta dan sebiji lagi tunggu di RNR Sungai Buloh.

Berhenti berkelah di RNR Sungai Perak. Mak hakak masak dan kami yang lain bawa lauk sorang sikit. Berkelah ramai2 dekat pondok.. best dari berebut2 nak beli ...Jimat pun jimat.. :-)

bila lalu je terowong semua pakat wahhh wah... anak2... masa umur keik2 ni lah seronok bawa depa jalan2.. excited berbanding anak2 yang dah besar...



derhaka arahan waze.. kan dah masuk KL yg sesak... nak2 pulak time org tgh baru balik kerja. menghadaplah jem.. dapat juga la rasa stress org KL... kita kat ALor Star Perlis ni rileks2 je makan angin sbb tak la sesesak sana.

Di hari persandingan  Anis... Selamat pengantin baru anis dan pasangan.. semoga berbahagia di samping suami tercinta. sini sgt2 meriah kendurinya....

Sebelah petangnya kami bertolak ke Port Dickson. Alahai Jem lagi. dekat 2 jam juga lah mengharungi perjalanan untuk kesana.

Sampai Pantai PD dah nak senja. Izzan dengan seluar jeans terus terjun mandi. Hadei.. Tak menyempat nak  salin baju.. tu pu mandi kejap ja sbb dah malam...

Malamnya Singgah makan beramai2... berkumpul sempena hari lahir arwah ayah... 4/6
. Alfatihah untuk ayah.. ni gambar anak cucu ..Satu keluarga je yg tak dapat hadir...

nasi depa lupa nak serve lahhh... sampai lauk dah sejuk... apapun nasib siakap stim dia sedap. tak jadi nak marah. :-)


Masa nak balik... saja singgah Lata Ulu Bendol.. tetiba ada Parking kosong, terus budak2 ni pujuk abah depa ajak mandi... So singgah mandi dulu.. rombongan lain dah kat depan... suruh depa jalan dulu.. kami dok berjimba layan anak2 kat sini... Si imani siap beli pelampung baru .






Gambar2 on the way nak balik...



bye2 Negeri sembilan.. Insyaallah ada rezeki datang lagi.....








Khamis, 30 April 2020

Salam Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ke 7 kita menyambut bulan ramadhan yg penuh dengan keberkatan. Tahun ini dapat merasa masa bertegang dgn duduk dirumah. Perintah kawalan pergerakan akibat covid 19.
Sedih juga sbb tak dapat nak jumpa mak di kampung.  Moga penyakit yg mengorbankan ribuan nyawa di dunia ini lenyap dari muka bumi.
Ya Allah pelihara lah kami dr sebarang mara  bahaya.

Rabu, 20 November 2019

perginya seorang ayah

13.11.2019

tepat jam 8.50 mlm ayah yang kami sayang pergi menghadap ilahi dan tinggalkan kami untuk selama lamanya.

Ayah admit wad terakhir ni pada 23.10.2019.

Mmg kami dah bersedia dan berkampung di perkarangan hospital kerana  BP ayah semakin menurun. Ayah semakin tenat.
5 hari ditidurkan dan pada hari ini dia telah pergi dengan tenang.

Apa yg mendukacitakan... Mak Cik Guard yg bertugas tiada pertimbangan. halau kami yg tengah tunggu Ayah. Katanya tak adil, kena ikut peraturan. Allahu Akbar.. mana pergi timbag rasa di hati kau mak cik? Satu hari nanti kau pun akan pergi. Akan kami ingat sampai bila2 perbuatan kau.Kami bukan mai  pakej percutian tp kami menunggu dengan penuh pengharapan untuk ayah kami yang sedang bertarung nyawa. tp alhamdlillah... masa pengakhiran hayat ayah... dia bertukar dengan guard lelaki sbb time solat dan guard lelaki tu bagi ja kami masuk... penuh dengan sopan santun,.

Kami redha ayah pergi.Dah lama ayah sakit...dah lama ayah tanggung derita.Allah lebih sygkan ayah.. dan tunggu kami di syurga ya Ayah...

Alfatihah,

Jumaat, 29 Mac 2019

lalang berbunga putih viral

alang2 lalu tempat ni...cantik gambar tapi lokasi ya ampun... takut ada ular je..
ramai org bergambar  dekat sini terutama pasangan pengantin. ala2 oversea gitu...

lokasi: Jalan Stadium Alor Setar.. berhampiran balai Bomba.



 balik harus mandi cepat2 .. takut gatal.. hihii..

gambar romantik ler kengkonon...

Rabu, 27 Mac 2019

Pemasangan pintu kabinet dapur.

Setelah sekian lama... baru dapat pasang pintu kabinet ni.

Asalnya nak pilih putih semua tapi encik suami kata nampak mcm hospital je... maka kita buat kombinasi putih dan hitam.

Saya dapat quatation rm75 untuk sekaki. Material 3G.

 kerja pemasangan rangka aluminium baru nak bermula.
Tukang dah siap bawa alatan mereka.


 abaikan dapur yang berselerak itu

 tara... dah siap... nampak lah kemas sikit dapur ni. semangat nak masak nih.

Ini saja yg termampu buat masa ini. Doakan moga dimurahkan rezeki.... kot2 boleh tambah kabinet sebelah atas pulak. 

Jumaat, 21 Disember 2018

PALSU

hidup juga kadang2 penuh dengan kepura puraan,
pura2 setuju padahal mmg bangkang gila...
pura2 aku suka kau...padahal belakang dok meludah!

Kita lebih banyak percaya cakap org yg baru kita kenal bila melihat zahir paras rupa...tingkah laku yg disembunyikan...
Kita lebih banyak percaya apa yang kita nampak depan mata...zahirnya hanya org2 terdekat sahaja yang dah  masak dengan sikap org itu.


ini adalah orkid hasil gubahan saya... Cantik tak? Ini juga palsu... bukan bunga sebenar tapi nampak real kan?